PENGURUSAN PEMBELAJARAN KPS 3014 BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


DEFINISI SEKOLAH

         Sekolah merupakan sebuah institusi pendidikan yang menyediakan tempat untuk mendidik serta menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar secara formal dan sistematik. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sekolah merujuk kepada tempat untuk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran. Struktur pembelajaran di sekolah  bermula dari peringkat pengajian prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hingga ke peringkat pengajian tinggi iaitu universiti. Proses pembelajaran murid di sekolah melibatkan peranan daripada beberapa pihak iaitu Kementerian Pengajian Tinggi (KPM), warga pendidik pelajar dan ibu bapa. Dimana, setiap pihak mempunyai peranan tersendiri dalam membangunkan sekolah bagi menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang mampu memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar, disamping membentuk ckeperibadian seseorang. Selain itu, sekolah juga turut dikenali sebagain institusi sosial kerana di sekolah, seseorang mula belajar untuk bersosial dengan ahli masyarakat yang baharu selain daripada ahli keluarga sendiri.


DEFINISI PERSEKITARAN

        Persekitaran sekolah merupakan suasana dalam kawasan sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran dengan sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru(1986), persekitaran merujuk kepada keadaan sekeliling yang menjadi seperti latar belakang. Persekitaran mempunyai hubungan dengan suasana atau budaya sekolah dari aspek fizikal, sosial serta perkembangan intelek dan penggunaan bahasa. Tambahan persekitaran dalam pendidikan sering kali dikaitkan dengan bilik darjah dan kawasan luar kelas terutamanya kerana persekitaran tersebut memainkan peranan yang besar terhadap tahap keberkesanan pembelajaran di dalam kelas. Namun, menurut Faser (1986), faktor persekitaran adalah lebih luas dan tidak hanya memfokuskan kepada bilik darjah semata-mata. Hal ini adalah kerana, persekitaran sekolah dapat dikelaskan kepada dua bahagian iaitu dari aspek persekitaran fizikal dan iklim psikososial. Persekitaran fizikal merupakan persekitaran yang meliputi persekitaran bilik darjah iaitu dapat diterangkan dari aspek pencahayaan, susun atur bilik darjah, laluan dan sebagainya. Manakala persekitaran psikososial pula merangkumi faktor psikologi iaitu pemikiran, emosi dan tingkah laku dan sosial (hubungan, tradisi dan budaya) yang menghasilkan kepuasan, kesihatan dan keupayaan untuk menunjukkan prestasi yang baik sewaktu sesi pembelajaran. Faktor sosial membawa maksud hubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid terutamanya  dalam konteks bilik darjah.


PERSEKITARAN FIZIKAL


PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL


DEFINISI PELAJAR & MURID

        Definisi pelajar Mmenurut Kamus Dewan (2002:18), istilah pelajar bermaksud orang yang belajar atau orang yang melibatkan diri dengan pengajian.Seseorang yang menyelidik ilmu juga ditakrifkan sebagai pelajar. Tambahan pula, pelajar adalah seorang yang didaftarkan secara langsung di sekolah, kolej atau universiti untuk mempelajari subjek tertentu di bawah kursus pengajian untuk tempoh masa yang tertentu. Manakala murid pula adalah orang yang berumur lebih muda dan masih belajar dan masih berada di bawah penyeliaan secara terus daripada seorang guru serta belajar pelajaran dalam mana-mana matapelajaran yang tertentu. Semua pelajar adalah murid ketika mereka berada di bawah pengawasan seorang guru di sekolah. Oleh itu, dapat dijelaskan  bahawa kata murid adalah subset dari pelajar kata.


 DEFINISI PERSATUAN IBU BAPA &GURU (PIBG)

        Persatuan ibu bapa dan guru merupakan satu persatuan yang diceburi secara sukarela dan menjadi medium perantara antara pihak guru dan ibu bapa. Penubuhan persatuan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru untuk membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti demi kebaikan anak-anak. Selain itu, persatuan ini juga turut menjadi satu landasan yang terbaik untuk mewujudkan kesefahaman antara ibu bapa dan guru serta saling bertukar pandang mencari jalan yang terbaik di atas setiap masalah yang dihadapi terutamnya berkaitan pelajar kerana anak-anak lebih rapat dngan ibu bapa mereka sendiri berbanding guru. Terdapat banyak manfaat yang akan diperoleh sekiranya persefahaman ini dapat dipupuk sejak awal. Hal ini adalah kerana jalinan permuafakatan yang erat di antara ibu bapa dan guru akan menjadi pemangkin terhadap tahap prestasi pembelajaran pelajar di sekolah, disamping ibu bapa juga dapat memantau dan mengetahui sikap sebenar anak mereka ketika di sekolah dengan makluman daripada guru. Di samping itu, penubuhan ini juga dapat memberi sumbangan terhadap sekolah sekiranya sekolah kekurangan dari sumber kewangan untuk membangunkan infrastruktur atau sebaginya. Oleh itu,penubuhan ini terbukti dapat membantu pihak sekolah dalam banyak perkara.


CARA MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN MEMBINA HUBUNGAN YANG BAIK ANTARA GURU DAN PELAJAR

      Persekitaran yang kondusif merupakan elemen yang penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran dinamik yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan berkesan. Hal ini adalah kerana hampir separuh daripada masa pelajar dihabiskan di sekolah untuk menuntut ilmu. Menurut Mucherah et al., (2008) persekitaran kondusif merupakan elemen penting yang dapat merangsang mutu pembelajaran dan tindak balas serta tanggapan guru dan pelajar berkaiatan pengalam pembelajaran di sekolah. Bukan itu sahaja, beliau turut menjelaskan bahawa persekitaran sekolah yang baik turut mampu memupuk sikap positif, tahap minat serta dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Pernyataan ini turut disokong oleh Kilgour et al., (2006) yang menegaskan bahawa apek psikososial boleh dibahagiakan kepada dua aspek iaitu aspek kelakuan dan aspek interaksi pelajar dengan guru. Kedua-dua aspek ini merangkumi ciri keselamatan, disiplin, kesihatan, keceriaan, kemesraan dan kemanusiaa.Sekiranya elemen di dalam aspek ini dapat dipatuhi, sudah pasti persekitaran psikososial yang positif dan kondusif dan dibentuk dengan mudah. Untuk menjadi seorang guru yang baik, guru perlu banyak memikirkan jalan terbaik untuk merangsang pembelajaran yang aktif di dalam kelas. Maka, dengan ini guru perlu memikirkan kaedah pengajaran dengan lebih kreatif dan inovatif. Guru perlu menjadi fasilitator di dalam kelas bagi membolehkan penglibatan pelajar secara keseluruhan sewaktu p&p berlangsung selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Dimana, pembelajaran pada abad ke -21, merupakan kaedah pembelajaran di dalam kelas yang berpusatkan kepada pelajar. Kaedah pembelajaran ini menerapkan beberapa elemen iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Hal ini dapat dilihat dari aspek persekitaran psikososial. Hubungan yang baik dapat dibina dapat dibina antara guru dan pelajar sekiranya guru bijak dalam berinteraksi dengan pelajar secara mesra dan terbuka. Hubungan mesra dalam komunikasi akan menimbulkan perasaan selesa dan senang untuk pelajar bertanyakan soalan sekiranya pelajar tidak memahami isi kandungan pelajaran. Selain itu, guru yang sentiasa mempamerkan sikap mesra dengan pelajar akan sentiasa dihormati dan dapat dijadikan contoh kepada pelajar bagi membentuk keperibadian yang baik pada suatu masa kelak. Seterusnya, dalam aspek persekitaran psikososial menekankan agar guru perlu sentiasa sentiasa cakna terhadap perbezaan pelajar dari pelbagai aspek, tidak mengira fizikal atau tahap keupayaan pelajar untuk memahami proses pembelajaran di dalam kelas. Hal ini adalah kerana setiap pelajar itu berbeza, maka tahap kefahaman pelajar turut berbeza. Bagi jalan terbaik untuk mendidikan pelajar sedemikian, guru boleh membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kefahaman intelektual masing-masing bagi membolehkan guru memberi penekanan khusus terhadap pelajar yang lemah dan kurang upaya sekiranya ada.

    Di samping itu, persekitaran fizikal juga merupakan persekitaran penting yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. PPPM 2013-2025 juga menyatakan, penyediaan prasarana sekolah merupakan satu elemen penting yang diberi perhatian dalam merancang pendidikan di Malaysia bagi memastikan pembangunan pendidikan yang menyeluruh serta dapat meningkatkan ekuiti dalam pelajaran. Penggunaan ruang kelas dengan bijak dan cermat menjadikan perbezaan ketara dalam tingkahlaku bilik darjah (Evans & Lovell, 1979; Levin & Nolan, 1996). Sekiranya ruang bilik darjah sedikit sempit, guru perlu bijak dalam membuat penyusunan kerusi dan meja agar tidak mengambil sudut ruang kelas terlalu banyak. Sebagai contoh, guru hendaklah memikirkan mengenai jenis aktiviti pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah dan membuat penyusunan semula tempat duduk, bahan dan peralatan yang sesuai untuk digunakan oleh pelajar. Selain itu, laluan di dalam kelas seharusnya tidak sempit agar guru dapat memantau pelajar dengan lebih dekat untuk melihat perilaku dan tahap pemahaman dan sekaligus dapat memperbetulkan kesalahan pelajar dan memastikan pelajar tidak hilang fokus semasa melakukan tugasan yang diberikan oleh guru.


IMPLIKASI SEKOLAH DAN PERSEKITARAN YANG TIDAK KONDUSIF

       Sekolah dan persekitaran mempunyai hubungkait dengan tahap pencapain pelajar di dalam kelas. Persekitaran sekolah perlulah sentiasa dalam keadaan yang bersih dan nyaman bagi membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yang selesa. Di samping itu, ruang persekitaran sekolah yang luas dan besar mampu untuk digunakan sebagai tempat untuk pembinaan prasarana pendidikan. Prasarana pendidikan merujuk kepada segala kemudahan fizikal yang disediakan dalam bilik darjah dan bilik khas yang digunakan bagi tujuan pembelajaran. Prasarana ini dapat dipecahakan kepada dua bahagian iaitu infrastruktur dan infrostruktur. Infrastruktur adalah kemudahan fizikla yang dapat membantu dalam menyampaikan kurikulum dengan lebih bermakna, manakala infrostruktur  pula adalah kemudahan sekolah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat tidak mengira dari sumber media massa atau elektronik dan sebagainya. Namun begitu, masih terdapat warga sekolah yang tidak mementingkan persekitaran yang bersih dan kondusif. Warga sekolah tersebut hanya memfokuskan pada tahap akademik dan kokorikulum semata-mata tanpa mengambil kira tahap kebersihan dan persekitaran yang kondusif. Mereka masih mengambil enteng terhadap faktor persekitaran yang baik. Maka, hal ini akan menyebabkan pelajar berasa tidak bermotivasi untuk datang ke sekolah. Pelajar hanya hadir ke sekolah bagi mengelakkan kemarahan ibu bapa dan tidak bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan.

    Selain itu, persekitaran sekolah yang tidak kondusif dan lengkap juga akan menjadi bebanan kepada warga pendidik dan kakitangan sekolah. Jika sekiranya kemudahan infrastruktur tidak disediakan dengan lengkap, guru akan merasa tekanan kerana tidak dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Sebagai contoh, sekolah perlulah menyediakan kemudahan mesin cetak bagi memudahkan guru menyediakan bahan pengajaran kepada pelajar sebagai latihan di rumah.

      Seterusnya, sekolah yang tidak kondusif dan bersih juga akan menyebabkan persekitaran sekolah menjadi kotor dan berbau. Persekitaran yang kotor ini akan menyebabkan peningkatan populasi tikus dan lipas. Oleh itu, sisa makanan yang dimakan oleh pelajar hendaklah dibuang ke dalam tong sampah dan diuruskan dengan baik agar persekitaran yang bersih ini dapat menghindari dari penyakit seperti demam akibat kencing tikus dan sebagainya kepada pelajar sekolah.

 

KESIMPULAN

      Sebagai konklusinya, sekolah dan persekitaran merupakan salah satu faktor yang penting terhadap pembelajaran yang berkesan. Persekitaran sekolah perlu diselia dengan baik agar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang harmoni. Tambahan pula, persekitaran psikososial yang mesra dan amalan guru positif seharusnya dipertingkatkan dari masa ke semasa. Semua pihak hendakalh bekerjasama dalam membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang dapat membantu meningkatkan tahap prestasi pembelajaran pelajar dari aspek ketenangan dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu peka akan persekitaran bilik darjah agar suasana pembelajaran yang seronok dapat meningkatkan semangat belajar dan pelajar akan berasa sentiasa dihargai.

 

RUJUKAN

Andang Andaiyani Ahmad, Abdul Said Ambotang. (2020). Gaya Pembelajaran dan Persekitaran Sekolah serta Perkaitannya Dengan Kecerdasan Emosi Pelajar Sekolah Menengah Luar Bandar. Journal of Social Sciences and Humanities, 5(5), 141-148. https://media.neliti.com/media/publications/322749-gaya-pembelajaran-dan-persekitaran-sekol-afceb735.pdf

BAB 13: Sekolah Dan Persekitaran. (2018, November 14). CIKGU PETANI. https://mrhafizzul.blogspot.com/2018/11/bab-13-sekolah-dan-persekitaran.html

Che Nidzam Che Ahmad, Saidatul Ainoor Shaharim, Asmayati Yahaya. (2016). Kesesuaian Persekitaran Pembelajaran, Interaksi Guru-Pelajar, Komitmen Belajar dan Keselesaan Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Biologi. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6( 2232-0393), 101-120. file:///C:/Users/HP/Downloads/2162-Article%20Text-4552-1-10-20190706%20(1).pdf

Definisi Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/129852880/Definisi-Persekitaran-Pembelajaran-Yang-Kondusif

Mohammad Azri Bin Amatan, Han Crispina. (n.d.). Pengaruh Persekitaran Psikososial Sekolah dan Efikasi Kendiri Guru Terhadap Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(32), 301-331. https://www.researchgate.net/publication/336015115_Pengaruh_Persekitaran_Psikososial_Sekolah_Dan_Efikasi_Kendiri_Guru_Terhadap_Amalan_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Abad_Ke-21

MOHD FAZLI HASAN, SUHAIDA ABDUL KADIR & SOAIB ASIMIRAN. (2013). Hubungan Persekitaran Sekolah dengan Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 2(38), 1-9. http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2038(2)2013/1mohdfadli.pdf

Norazuan Razali. (2013). Tahap Prasarana Pendidikan dan Persekitaran Pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi [Unpublished doctoral dissertation]. Universiti Teknologi Malaysia.


DISEDIAKAN OLEH:

Fatin Farhana Binti Zulkefle

D2020296357

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Ekonomi Rumahtangga Dengan Kepujian

Universiti Pendidikan Sultan Idris





Comments